fbpx

TIPS MEMILIH PRODUK HALAL

Persoalan mengenai halal sesuatu produk bukanlah benda baru. Isu Halal sentiasa menjadi perbualan topik penting terutamanya jika berlaku sebarang kes atau masalah berkaitan keraguan pengguna terhadap sesuatu produk.

Dari sudut Islam penggunaan sesuatu produk tidak kiralah makanan, pakaian, barang kecantikan dan sebagainya perlulah dihasilkan menepati hukum syarak atau garis panduan yang dijelaskan dalam Al-Quran dan sunah.

Pun begitu, dengan ledakan teknologi maklumat tanpa sempadan menyebabkan kebelakangan ini semakin banyak timbul keraguan dalam kalangan umat Islam berkaitan status Halal. Dengan kata lain, pengguna Islam semakin terdedah dengan pelbagai produk yang disyaki dicampur dengan unsur-unsur yang haram di sisi Islam.

Selain itu, masyarakat Islam Malaysia turut dikejutkan dengan isu penggunaan logo halal palsu dalam produk seperti makanan, kesihatan dan jualan makanan di restoran sehingga boleh meragukan pengguna. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan atau remeh.

Persoalanya sejauh manakah pengguna muslim di negara ini peka dengan apa yang berlaku dan adakah mereka termasuk dalam kalangan yang mengambil berat dengan isu status produk yang mereka gunakan seharian?

Mari lihat semakan pantas apa perlu anda lakukan pada pembungkusan atau label produk bagi memastikan produk yang dipilih Halal seperti yang gariskan oleh Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada pengguna.

  • Label pembungkusan terang dan jelas

Anda haruslah pastikan label pembungkusan produk tersebut dicetak dengan terang dan jelas serta tidak mudah dipadamkan. Keadaan ini bertujuan segala maklumat yang dipamerkan jelas sekaligus memudahkan proses semakan dilakukan.

  • Label pembungkusan hendaklah mengandungi maklumat-maklumat mengikut peraturan, akta dan standard berkaitan. Antaranya maklumat yang perlu dipaparkan adalah seperti berikut:

  1. Nama produk

  2. Logo Halal Malaysia beserta nombor Malaysian Standard (MS) dan nombor rujukan fail (10 angka terakhir).

Contohnya, Kategori Produk Makanan

Halal Certification

MS1500: 2009

1059-02/ 2008

  1. Kandungan bersih dinyatakan dalam sukatan metrik (unit SI)

  2. Nama dan alamat pengilangan, pengimport dan/ atau pengedar dan cap dagangan

  3. Senarai kandungan

  4. Nombor kod menunjukkan tarikh atau nombor kelompok pengeluaran dan tarikh luput

  5. Negara asal produk.

  • Pelabelan dan pengiklanan tidak melanggar prinsip hukum syarak

Anda haruslah pastikan iklan yang dipaparkan pada pembungkusan produk tidak sesekali melanggar hukum syarak dan tidak menonjolkan unsur-unsur tidak sopan. Awas, jika ada elemen yang bertentangan, elakkan membeli produk tersebut.

  • Penggunaan logo Halal Malaysia untuk tujuan promosi

Sebagai umat Islam, perkara ini sentiasa disalah ertikan. Jika anda membeli sesuatu produk pada musim perayaan, anda hendaklah memastikan penggunaan logo Halal Malaysia pada produk yang anda bakal beli tidak ada kaitan langsung atau digunakan pada produk yang dipromosikan sempena perayaan agama bukan Islam atau bersama dengan lambang agama bukan Islam.

  • Nama produk tidak menggunakan perkataan ‘Halal’ dan nama-nama berunsurkan keagamaan dan ketuhanan.

Jika anda sering melihat produk makanan terutamanya yang menggunakan perkataan ‘Halal’ pada pembungkusan, sila berhati-hati kerana dikhuatiri syarikat tersebut tidak mempunyai sijil halal serta tidak menepati syarat dan peraturan halal seperti yang telah dinyatakan oleh Halal Malaysia.

Jadilah muslim yang bijak dan peka sebelum membuat pembelian sesuatu produk. Bantu sesama muslim yang lain dengan sentiasa menghidu pergerakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menjual produk tidak halal kepada muslim. Makanlah makanan yang bersih, sihat lagi halal agar badan sihat hati tenang.  

Dapatkan Khidmat Latihan dan Bimbingan

berkaitan Pensijilan Halal Malaysia, GMP dan HACCP

Kongsi Artikel Ini

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
LinkedIn

Translate »
WhatsApp
Available To Chat
Let's Chat With Us